Ada sebuah kisah yang terjadi kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Al-Quran. Ada yang bermudzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tadzkirah. Dia coba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tadzkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek saja.Dia berkata:
Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah telapak kaki saya.
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin merasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya qadhi untuk menyiasati dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika didapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Qadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya berkata begitu.
Qadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?
Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan qadhi mau tahu, silahkan lihat telapak kaki saya.
Maka Qadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat telapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Qadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah qadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.
Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apalagi di zaman sekarang ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak ada dalam hidup dan hati kita.
Ditulis Oleh : Unknown - Inspirasi Tiada Batas
Sobat sedang membaca artikel tentang
Kisah Syekh Abdul Qodir Jailaniy
. Oleh Admin, Sobat diperbolehkan mengcopy paste atau menyebar-luaskan artikel ini, namun jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya.
0 Komentar untuk " Kisah Syekh Abdul Qodir Jailaniy "